Di Jepun, kereta kecil Toyota Roomy pun dapat aksesori original GR!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu kewujudan Toyota Roomy, namun di Jepun ia merupakan versi penjenamaan semula daripada model asal Daihatsu Thor - ya, model sama yang pernah meluncur di atas jalan raya Malaysia tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada Toyota, Subaru juga turut hadir dengan versi tersendiri dinamakan sebagai Subaru Justy.

Ketiga-tiga model di atas bukanlah diklasifikasikan sebagai kereta kei memandangkan enjin yang digunakan adalah enjin bersesaran 996 cc dan didatangkan dalam dua versi iaitu 1KR-FE (68 hp) dan 1KR-VET (97 hp).

 


Namun, saiz yang kecil bukanlah penghalang buat Toyota untuk mendatangkan beberapa aksesori original Gazoo Racing buat Toyota Roomy.

Berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi GR, antara aksesori yang ditawarkan termasuklah spoiler bumper depan dan belakang, tambahan lampu LED, skirt sisi, kemasan pada perumah lampu kabus, kemasan gril, reflektor belakang, serta lampu kabus belakang.

 


Selain daripada itu, terdapat juga penawaran mudguard, visor sisi, pelindung pemegang pintu, kerangka pemegang nombor pendaftaran daripada gentian karbon serta pelekat GR yang boleh ditampal pada Toyota Roomy anda.

Buat masa ini, penawaran ini hanya sah untuk para pelanggan di Jepun sahaja.


Sumber: Gazoo Racing

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…