Di Eropah, Outlander PHEV adalah model terlaris Mitsubishi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Setiap jenama ada model terlaris masing-masing seperti Proton Saga, Perodua Myvi, Mitsubishi Xpander dan sebagainya.

Model yang laku keras pula mengikut citarasa pelanggan setempat. 

Jika Xpander adalah model Mitsubishi paling laris di Indonesia atau mungkin juga di ASEAN, SUV Outlander PHEV pula adalah model terlaris syarikat Jepun itu di benua Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mitsubishi Outlander PHEV

 

Satu perkara menarik ialah Outlander yang laku keras ini adalah model plug-in hybrid dan bukan Outlander biasa seperti yang dipasarkan di negara kita.

Ini menunjukkan pengguna di Eropah gemarkan sebuah SUV yang mesra alam. Tuah Mitsubishi pada model ini dan bukan kereta kompak Mirage, SUV ASX atau pikap Triton.

Kehebatan Outlander PHEV bukan hanya terletak dalam barisan model Mitsubishi sahaja.

Pada tahun 2018, Outlander PHEV adalah kenderaan plug-in hybrid terlaris di seluruh Eropah merentasi kesemua segmen dan lebih hebat lagi ia berjaya dicapai untuk tahun keempat berturut-turut.

 

Mitsubishi Outlander PHEV

 

Pada November 2018, lebih banyak Outlander PHEV terjual di serata Eropah berbanding model Mitsubishi lain dan prestasi tersebut berterusan setiap bulan sehingga sekarang.

Secara keseluruhan, di antara Oktober 2013 sehinga Januari 2019 sebanyak 126,617 buah Outlander PHEV berjaya dijual di Eropah.

Kejayaan ini didorong oleh pertumbuhan besar jualan yang dicatatkan di Jerman dan Perancis selain daripada pelancaran model 2019 pada September 2018.

Model 2019 dilengkapi enjin 2.4 liter berkuasa 135 ps (peningkatan daripada 121 ps) dengan daya kilas 211 Nm (peningkatan daripada 190 Nm).

 

Mitsubishi Outlander PHEV

 

Pakej yang ditawarkan Outlander PHEV juga menarik. Bayangkan ianya sebuah SUV dengan segala ruang dan praktikaliti yang ada, keupayaan pacuan 4WD dan jarak pemanduan elektrik sejauh 45 kilometer. 

Cukup segala resipi untuk menjadikannya sebuah kenderaan bagus.

Satu pakej yang menarik dan membuatkan penulis tertanya apa akan jadi jika Outlander PHEV turut dipasarkan di pasaran tempatan.

Jika anda mahu sebuah SUV PHEV, Volvo XC60 T8 Inscription Plus PHEV ada dijual pada harga RM 333,888.

Di United Kingdom, harga Outlander PHEV bermula daripada £34,255 atau RM 183,470.

Jadi di sini letaknya tarikan Mitsubishi Outlander PHEV.

 

Mitsubishi Outlander PHEV

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 GBP = RM 5.356

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…