DHL perkenal barisan kenderaan penghantaran logistik berkuasa elektrik - azam emisi sifar menjelang 2050

oleh Mohamad Hanif|
DHL eCommerce, sebuah divisyen di bawah naungan pakar logistik sedunia Deutsche Post DHL Group (DPDHL) telah melancarkan barisan kenderaan logistik berkuasa elektrik di Malaysia dan Vietnam sebagai salah satu langkah memperkasakan lagi jaringan pengedaran barangan domestik yang lebih hijau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selari dengan komitmen bagi mencapai emisi sifar menjelang tahun 2050, DPDHL memulakan langkah dengan mengoperasikan 70% daripada barisan kenderaan bagi menghantar barangan dengan cara mesra alam dan lebih bersih. 

Menurut Kiattichai Pitpreecha, Pengarah Urusan DHL eCommerce Asia Tenggara berkata, "Kami menjangkakan dengan perkembangan yang semakin bertambah di dalam e-commerce, ia akan meningkatkan permintaan yang lebih terhadap perkhidmatan penghantaran barangan yang lebih mampan, dan kami di DPDHL akan memberikan perkhidmatan yang lebih mesra alam.

"Justeru dengan misi Emisi Sifar menjelang 2050, kami komited untuk menambah bilangan kenderaan elektrik ke dalam jaringan pengedaran domestik kami," tambah beliau. 
 


Barisan kenderaan elektrik pertama sudah pun sedia untuk digunakan oleh DHL dan mereka kini merancang untuk menambah bilangan tersebut sedikit demi sedikit, dimulakan dengan pemasangan pusat pengecasan pantas secara retrofit di Puchong, Cheras, serta Ho Chi Minh dan Hanoi di Vietnam. 

DHL eCommerce kini memberikan perkhidmatan pengedaran domestik yang meluas dengan operasi yang dimiliki sepenuhnya di Malaysia dan Vietnam bagi membolehkan perniagaan e-commerce berjalan dengan lancar. 

Perkhidmatan pengedaran domestik tersebut turut merangkumi DHL ServicePoints untuk tujuan menurunkan barangan logistik serta pusat pengambilan yang lebih mesra penjual dan pelanggan di samping mengoptimasikan proses penghantaran yang lebih berkesan. 
 


Menurut Kiattichai lagi, "dengan pengenalan barisan kenderaan penghantaran berkuasa elektrik ini, kami amat berbesar hati untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mesra alam kepada para pelanggan kami memandangkan mereka juga kini sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar."

Dengan misi sifar emisi menjelang 2050, DPDHL berazam untuk menjadi perintis dunia di dalam logistik yang lebih hijau dan turut sama mengembangkan lagi portfolio produk dan perkhidmatan mesra alam bagi membantu pelanggan setia mereka mencapai sasaran tersendiri di dalam melindungi alam sekitar. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
DHL telah mengumumkan komitmennya untuk menjadi syarikat logistik dengan pelepasan sifar (zero…