DHL kerjasama dengan Aerodyne, teroka perkhidmatan kurier menggunakan dron

oleh Mohamad Hanif|
Nama Aerodyne bukanlah satu nama yang lekeh dan biasa-biasa, mereka merupakan salah sebuah daripada syarikat berasaskan dron dan memiliki kepakaran tersendiri di dalam aspek teknikal dan melakukan pemantauan menggunakan dron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, kepakaran Aerodyne bakal dipergunakan sebaiknya menerusi kerjasama dengan DHL Express Malaysia bagi meneroka keberkesanan penggunaan dron dalam perkhidmatan kurier.

Menurut laporan daripada rakan media Amanz, kajian tersebut akan memfokuskan kepada penawaran solusi logistik pintar untuk aplikasi sains kehidupan, serta rantaian bekalan maritim.

Kedua-dua syarikat ini melihat kepada kemungkinan penghantaran bekalan perubatan dan kesihatan terutama di Sabah dan Sarawak, serta penghantaran pantas kepada kapal-kapal di Selat Melaka.

Kerjasama ini bakal memperlihatkan industri don berkembang pesat dan membolehkan lebih banyak syarikat berasaskan dron bertapak dan menawarkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025.

Sumber: Amanz, DroneDJ

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program Accelerate to Zero (A2Z) yang ditawarkan oleh Shell Fleet Solutions membawakan rangkaian…
Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Pengumuman ini menandakan DHL Express sebagai syarikat pertama di dalam negara yang membuat…