DHL bakal guna EV di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat perkhidmatan penghantaran, DHL Express Malaysia bakal menggunakan kenderaan elektrik di dalam kumpulan kenderaanya di Malaysia.

DHL telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneroka pembangunan kerangka rantaian bekalan (supply chain) yang lebih mesra alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DHL telah mengumumkan komitmennya untuk menjadi syarikat logistik dengan pelepasan sifar (zero emission) menjelang 2050.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. baharin Din, TNb berhasrat untuk menyediakan lebih banyak stesen pengecas EV di fasiliti dan laluan penghantaran DHL, seiring dengan pertambahan penggunaan kenderaan elektrik oleh syarikat logistik tersebut.

 

 

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata syarikatnya akan melancarkan kumpulan pertama van EV di pusat perkhidmatannya di Kuala Lumpur menjelang awal tahun hadapan.

DHL akan melabur EUR7 bulion dalam 10 tahun akan datang untuk aktiviti pengurangan pelepasan CO2 yang bakal melibatkan penggunaan lebih banyak EV.

TNB juga berhasrat untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharunya (RE atau Renewal Energy) kepada 8,300 MW menjelang 2025 menerusi inisiatif domestik dan antarabangsa. 

Kapasiti RE untuk TNB sekarang adalah pada 3,402 MW dan dari julah itu, 2,736 MW adalah dari penjanaan domestik sementara bakinya adalah dari luar negara.


* Laporan lengkap di DagangNews.com

 


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…