DHCV catat pertumbuhan positif bagi segmen kenderaan komersial tahun ini

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengimport dan pengedar sah kenderaan komersial Tata Motors Limited di Malaysia, DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV) berjaya mencatatkan pertumbuhan positif bagi tahun 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pelan pertumbuhannya merangkumi pengenalan tiga kenderaan baharu bagi tahun 2018 dan sebuah program pemasangan tempatan dalam separuh penggal.

Sejak pelancaran jenama TATA pada tahun 2015, DHVC telah berjaya menjual 654 unit kenderaan komersial yang  terdiri daripada trak pikap, trak ringan dan prime mover.   
Ini meletakkan Tata pada kedudukan kesepuluh antara  28 jenama yang bersaing dalam kategori kenderaan komersial (commercial vehicle, CV). Kategori  CV merangkumi trak pikap, trak, prime mover, panel van dan bas.
  
Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan bagi DHCV, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pihaknya kini bersedia untuk maju setapak lagi  dan menjadi peserta yang lebih aktif dalam kategori kenderaan komersial dan juga segmen terpilih,” kata .

“Tiga tahun terakhir ini merupakan proses pembelajaran bagi kami. Dengan kehadiran tahun 2018, kami berasa yakin bahawa kami mempunyai produk-produk yang sesuai dari segi teknologi, harga mampu milik dan tahap ketahanan untuk benar-benar bersaing dalam kategori kenderaan komersial.

"Kami akan menawarkan kesemua tiga produk serba baharu – dua berasaskan segmen kenderaan komersial dan satu dalam segmen pikap kecil (small pickup),” jelasnya.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi DHVC, Chin Tan Hee berkata, ini merupakan kemunculan kali pertama pihaknya dalam kategori pikap kecil dengan menampilkan produk baharu.

"Berdasarkan kajian, kami yakin bahawa kami mempunyai produk yang sesuai bagi segmen ini dan berupaya memenuhi sebahagian besar keperluan pelanggan dalam segmen ini.

“Pikap kecil mewakili dua peratus daripada jumlah segmen pikap. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan suatu alternatif dan produk yang berdaya saing tinggi. Pikap kecil Tata Motors merupakan produk yang sangat berjaya, sebahagian besar pikap kecil ini bergerak dengan lancar di jalan-jalan di pasaran serantau yang lain. Kami yakin bahawa pikap kecil ini akan membantu kami memperoleh bahagian yang sewajarnya daripada segmen yang mempunyai masa depan yang cerah dan sedang berkembang ini," katanya.

Tambah Chin, Tata Motors (yang juga memiliki Jaguar dan Land Rover) kini merupakan pembuat kenderaan motor kesepuluh terbesar di dunia, dan pembuat trak keempat terbesar serta pembuat bas kedua terbesar di dunia.

Kesan pembuatannya, termasuk fasiliti reka bentuk dan R&D, merentasi seluruh dunia dengan enam fasiliti pembuatan dan pemasangan di India, di samping fasiliti di luar negara yang terletak di Argentina, Indonesia, Afrika Selatan, Sepanyol, Thailand dan United Kingdom.

Portfolio produknya terdiri daripada mass mover subton dan 49 ton hinggalah minivan lima penumpang dan bas 81 penumpang. Tata juga merupakan pembuat trak tugas sederhana dan berat (mediumand heavy-duty trucks) yang terkenal.

Pada tahun 2017, jumlah keseluruhan CV di Malaysia ialah 61,956 unit. Pikap menguasai  67 peratus daripada jumlah ini (41,316 unit), manakala trak menguasi 22 peratus (13,860 unit). Prime mover, van, bas ringan dan bas mewakili jumlah yang selebihnya. Persatuan Automatif Malaysia baru-baru ini mengunjurkan pertumbuhan 2.3% dalam jumlah industri keseluruhan (590,000 unit) bagi tahun 2018. Daripada jumlah itu, sebanyak 63,500 unit akan terdiri daripada kenderaan komersial, mewakili pertumbuhan sebanyak 2.5% dalam kategori CV.

Dengan pengenalan pikap kecil Tata serba baharu ini, DHVC menyasarkan penguasaan 10-15 peratus daripada segmen pikap kecil menjelang tahun 2022. Bagi tahun 2018, DHVC merancang untuk mencapai jumlah 150 unit trak tugas ringan (light-duty trucks) untuk meraih dua peratus daripada segmen yang dijangka mempunyai jumlah tahunan sebanyak 7,500 unit.

Pelan untuk pemasangan tempatan sedang dilaksanakan dan akan diimplementasikan pada waktu yang sesuai pada masa hadapan. Menurut Chin, pemasangan tempatan adalah lebih ideal, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan ekosistem pembekal dan pada masa yang sama mencipta ekosistem baharu, menawarkan pekerjaan dan membangunkan set kemahiran baharu. Pemasangan tempatan juga akan memperkenalkan DHVC dan Tata kepada lebih banyak peluang perniagaan termasuk potensi dalam sektor awam.

Dengan jumlah lebih tinggi mencapai ekonomi skala, pemasangan tempatan juga merupakan pilihan yang berkesan dari segi kos bagi pelbagai pihak berkepentingan dan pelanggan memandangkan alat ganti dan perkhidmatan akan tersedia dengan mudah, sekali gus mengurangkan kos pemilikan dan pengendalian keseluruhan. Pemasangan tempatan akan dilaksanakan di kilang pemasangan DRB-HICOM di Pekan oleh HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pelanggan Tata Motor di Malaysia kini disokong oleh 24 rangkaian cawangan  yang terletak di lokasi strategik dan di kawasan perbandaran utama di seluruh negara. DHVC menyasarkan pengembangan rangkaian ini di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, sejajar dengan pertumbuhan jualan dan penembusan pasaran pada masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…