Dhabiyan - trak pikap gergasi 10x10 dari Abu Dhabi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar di atas mengingatkan penulis kepada rancangan Top Gear beberapa tahun lalu apabila pengacaranya Richard Hammond memandu sebuah Mercedes-AMG G63 6x6 di Abu Dhabi. 

Di penghujung review tersebut, dipaparkan beberapa buah trak pikap dengan modifikasi tayar yang dirasakan agak keterlaluan, namun sesuai dengan jiwa penduduk di sana. 
 


Trak pikap gergasi dengan 10 buah tayar ini sebenarnya berasal daripada Abu Dhabi dan dimiliki oleh seorang pengumpul dan peminat kenderaan yang terkenal di sana, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan. 

Lebih dikenali dengan nama Sheikh Pelangi (Rainbow Sheikh) kerana memiliki sebuah S-Class yang dilayangkan warna pelangi, beliau membuat keputusan untuk tampil dengan sebuah idea yang cukup gila - modifikasi sebuah trak kegunaan tentera. 
 


Asas kepada 'trak pikap' ini berasal daripada Oshkosh M1075, sebuah trak logistik ketenteraan yang digunakan untuk mengangkut kontena serta keperluan persenjataan untuk kegunaan misi Tentera Amerika Syarikat. 

Dengan menganggap tiada sebarang perubahan dilakukan pada unit enjin, Oshkosh ini dikuasakan oleh enjin diesel Caterpillar C15 15.2 liter enam silinder sebaris dengan kuasa 600 hp untuk menggerakkan kesepuluh buah roda. 
 


Namun, jika trak asal mempunyai ruang pemandu di atas tayar hadapan, trak pikap Sheikh Pelangi ini terletak jauh di belakang dengan kabin yang diperoleh daripada Jeep Wrangler Unlimited. 

Hilang identiti asal Oshkosh, Pak Arab ini terpaksa menggunakan lampu membelok yang diperoleh daripada Ford Super Duty manakala lampu belakang pula diperoleh daripada Dodge Dart. 

Walaupun trak ini besar, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 100 km/j dalam keadaan standard. 
 


Anda tidak perlu tahu tentang kadar penggunaan bahan api kerana sudah tentu Sheikh Pelangi ini mempunyai duit yang infiniti untuk mengisi kembali tangki trak pikap gergasi 10 tayar ini. 

Saksikan aksi Dhabiyan - nama samaran trak pikap ini - meluncur di jalan raya Abu Dhabi menerusi video di bawah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada…
Berita Global
  Di bawah Undang-Undang Lalu Lintas Persekutuan dalam Perkara 62, gagal mematuhi peraturan lalu…
Berita Global
Sorotan utama Phantom Astrum sudah semestinya pameran Sapphire Astrum Gallery yang dihasilkan khas…