Dex-Rac Racing harumkan nama Malaysia dalam F1 in Schools World 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak gentar walaupun menghadapi saingan daripada hampir 50 buah pasukan dari seluruh dunia, pasukan Dex-Rac daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan muncul juara apabila menerima anugerah FIA Woman in Motorsports menerusi pertandingan F1 in Schools World Finals 2018 di Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada empat orang ahli pasukan iaitu Ainul Jannah Hasim (17), Nur Sabrina Riduan (17), Nur Alia Natasha Amizi (17) dan Sofiyya Nabilah Azuddin Shah (16), mereka percaya bahawa kaum wanita juga mampu melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan demi membina kerjaya dan masa depan dalam membentuk negara maju seiring dengan hasrat negara. 

 


Anugerah FIA Woman in Motorsports merupakan sebahagian daripada 22 buah anugerah yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut dan pasukan Dex-Rac telah membuktikan mereka sebenarnya layak untuk menerima anugerah pasukan wanita terbaik dalam kejuruteraan automotif dunia. 

Selain daripada itu, mereka juga meraih kedudukan ke-9 secara keseluruhan daripada 50 pasukan sekaligus melayakkan mereka berada di kedudukan tiga tempat teratas dalam Pencalonan Anugerah Innovative Thinking Award dan Resilience Award

Jutaan penghargaan diucapkan kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), warga sekolah, guru-guru, rakan penaja serta yang paling istimewa guru pembimbing pasukan iaitu Encik Hasfasuriazal bin Hasman, Puan Zarina bnti Dato' Abdullah serta Puan Hajjah Rozita binti Ismail.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…