Destini serah 6 helikopter MD530G kepada angkatan tentera

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bernama
Destini Bhd menyelesaikan penghantaran enam helikopter MD530G kepada tentera Malaysia selepas menamatkan 'Final Acceptance Test'.


Dalam satu kenyataan, Destini berkata penghantaran enam helikopter peninjau/penyerang ringan dengan senjata pelbagai guna, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakarannya dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi mendapatkan perkhidmatan MRO pada helikopter dan aset unit udara tentera yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) telah dianugerahkan kontrak penghantaran helikopter itu, bernilai RM321 juta, oleh Kementerian Pertahanan pada 2015.

 

"Pada 2017, Destini Group memperoleh 70 peratus kepentingan ekuiti dalam HOSB melalui anak syarikat milik penuhnya Destini Prima Sdn Bhd," kata Destini dalam maklumannya pada Bursa Malaysia, semalam.

 

Pada Februari 2022, kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lalu.

Helikopter MD530G dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), MD Helicopter Inc.

 

Helikopter itu akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pangkalan udara tentera di Kluang, Johor.

 

 

 

-BERNAMA