Desktop McLaren Senna ini sesuai untuk anda yang berjiwa kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Secara jujurnya, penulis sudah lama meninggalkan dunia PC (Personal Computer) kustom semenjak ia dipanah petir lima tahun yang lalu oleh kerana kerja yang kini lebih memerlukan keupayaan untuk bekerja on-the-go.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, terlintas juga sekali sekala di dalam fikiran untuk membina kembali sebuah PC demi memenuhi keinginan untuk bermain permainan video berunsurkan kereta seperti Need For Speed, Forza dan sebagainya. 
 


Sebuah contoh yang kami bawakan ini hadir dari Robeytech yang menzahirkan sumber inspirasi binaan beliau ini daripada McLaren Senna!

Menurut beliau yang sudah lama menginginkan PC bertemakan McLaren, Robeytech menggunakan casis daripada Cougar Conquer serta dilayangkan pelekat vinil di bahagian luaran. 
 


Spesifikasi PC ini dimulakan dengan unit motherboard MSI MPG X570 Gaming PRO Carbon Wifi ATX AM4, unit pemprosesan AMD Ryzen 7 3800X lapan teras dibantu kad grafik dengan memori Corsair Dominator Platinum RGB DDR4-3200 berkapasiti 32 GB. 

Untuk sebuah unit dekstop sahaja tanpa aksesori yang lain, Robeytech menyatakan harga kos binaan mencecah $2,946.61 atau RM12,310.72 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 
 


Percaya atau tidak, walaupun anda bukan penggemar PC, unit yang kami paparkan ini sememangnya sangat cool untuk diletakkan di dalam bilik anda.