DesertX model Ducati pertama dapat fungsi navigasi Turn by Turn, kembara lebih mudah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati DesertX 2023
Ducati DesertX 2023
Memandu dengan sistem navigasi memang mudah jika pandai menggunakannya. Arahan boleh dibaca melalui skrin atau pemandu yang mahir hanya dari panduan audio.

Sebagai contoh arahan yang berbunyi; "Lagi 50 meter belok ke kanan." Ibarat juru pandu arah di dalam perlumbaan rali.

Bagaimana pula dengan penunggang motosikal? Agak mencabar apabila mata perlu menumpukan perhatian kepada jalan raya dan gangguan bunyi dari kenderaan sekeliling.

Untuk motosikal Ducati atau lebih tepat lagi DesertX 2023, Ducati menyediakan alternatif dan model pertama dilengkapi sistem navigasi Turn by Turn.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Ducati DesertX Turn by Turn

Fungsi navigasi itu menggunakan Ducati Multimedia System yang memaparkan panduan perjalanan pada skrin TFT melalui Ducati Link App.

Melalui sistem itu, penunggang tidak perlu menggunakan peranti ketiga.

Dijual sebagai aksesori Ducati Performance, pemilik baharu boleh terus melengkapinya pada DesertX atau bila dirasakan perlu pada kemudian hari.

Maknanya, pemilik sedia ada DesertX juga boleh menikmati sistem navigasi yang sama.

Ducati DesertX Turn by Turn

Sistem itu berfungsi melalui sambungan Bluetooth di antara telefon pintar (iOS atau Android) dan fon telinga pada topi keledar melalui Ducati Multimedia System.

Sistem itu turut memaparkan makluman pada panel instrumen motosikal seperti panggilan telefon, mesej dan sebagainya dan juga boleh memainkan muzik dari telefon pintar.

Untuk menggunakan sistem navigasi Turn by Turn, anda perlu memuat turut versi terkini Ducati Link App dan memiliki lesen pengaktifan pengguna.

 

Ducati DesertX 2023

 

Selepas itu, masukkan satu atau lebih destinasi untuk aplikasi membuat kiraan laluan dan seterusnya memulakan perjalanan.

Telefon pintar boleh disimpan di dalam poket atau beg tanpa perlu mengaktifkan skrin. 

Navigasi dibuat menggunakan peta atau boleh dimuat turun terlebih dahulu untuk menjimatkan data dan berguna apabila melalui kawasan yang mempunyai isyarat rendah.

Cumanya, telefon yang sentiasa aktif boleh memanfaatkan maklumat jalan raya secara masa nyata.

 

Ducati DesertX 2023

 

Arahan navigasi turut dipaparkan pada skrin dan juga untuk keselamatan, sistem memaparkan pembelokan seterusnya bersama indikasi semasa simpang atau susur semakin dekat.

Melalui maklumat tersebut, penunggang boleh bersedia dengan lebih awal.

Sistem juga boleh memaparkan had laju jalan yang dilalui berdasarkan data di dalam peta.

 

Ducati DesertX 2023

 

Lagi fungsi yang ada ialah pilihan indikasi sama ada visual atau visual dan audio dan juga merekodkan laluan bersama data lain seperti kelajuan, sudut rebah dan gambar.

Maklumat tersebut kemudiannya boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Selain DesertX, Ducati memaklumkan sistem ini juga boleh disesuaikan dengan Diavel V4.

Liputan peta pula katanya sudah meluas dan akan ditambah dalam bulan-bulan mendatang yang merangkumi China, Korea Selatan dan Jepun.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati DesertX 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ciri paling mudah dikesan pada DesertX Rally ialah grafik baharu dan tulisan Ducati yang lebih…
Berita Global
Jelajah selama enam hari itu itu bakal menawarkan pengalaman ekspedisi yang membolehkan para…