Denmark usul haramkan kereta petrol, diesel di Eropah menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terbaharu dari Eropah, Denmark beserta 10 buah negara European Union memutuskan untuk mengharamkan penjualan kenderaan diesel dan petrol berkuatkuasa 2040 bagi membendung masalah perubahan iklim.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Denmark mengusulkan perkara demikian ketika perjumpaan menteri-menteri alam sekitar kesatuan tersebut yang bertempat di Luxembourg. 

EU mensasarkan untuk mengurangkan emisi karbon sehingga 40 peratus pada 2030 sementara eksekutifnya pula merancang sehingga sifar karbon emisi pada tahun 2050 untuk membantu menghentikan pemanasan global.

Menurut Menteri Tenaga dan Iklim Denmark, Dan Jorgensen memberitahu Reuters, dengan pengharaman penjualan kenderaan petrol dan diesel ini akan memberikan lebih tekanan kepada Suruhanjaya untuk mengusulkan pemberhentian penjualan kenderaan fosil dalam tempoh dua dekad akan datang. 

Sebelum ini, Denmark pernah mengumumkan pengharaman penjualan kenderaan tenaga fosil menjelang 2030, namun idea ini dibatalkan kerana melanggar peraturan EU pada ketika itu.

Menurut Jorgenson lagi, sekiranya EU tidak bersetuju dengan pengharaman melibatkan kesatuan, ia adalah lebih baik sekiranya negara-negara individu dibenarkan berbuat demikian. 
 


Sementara itu Lithuania, Latvia, Slovenia, Bulgaria serta beberapa negara lain mencadangkan supaya lebih tindakan tegas diambil bagi mengelakkan penjualan kenderaan terpakai daripada barat Eropah kepada wilayah timur. 

Jorgensen turut menegaskan pentingnya penerangan polisi jangka panjang blok kepada pembuat kenderaan, dan langkah Denmark berikutnya adalah untuk mendirikan perikatan dengan 10 buah negara yang menyokong usul (pengharaman) tersebut. 

"Saya kira, selepas ini ramai yang akan mengikut jejak langkah kami," tambah beliau. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga sudah mengeluarkan senarai…
Informasi
Beliau berkata syarikat yang terlibat diharap dapat membuat permohonan selewat-lewatnya 30 April…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…