Dengan kos RM105k, anda boleh ubah Cybertruck jadi campertruck

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, Tesla masih lagi belum mengumumkan tarikh sebenar produksi trak pikap elektrik Cybertruck akan bermula, biarpun pesaing-pesaingnya telah pun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, buat para peminat dan pencinta aktiviti luar, anda kini boleh mendapatkan pakej camper yang dihasilkan oleh Space Camper berharga $24,000 (RM105,396) ini.
 

space


Secara asasnya, ia adalah sebuah 'baji besar' yang boleh dipasangkan pada bahagian bed belakang Cybertruck yang mampu mengubah trak pikap tersebut menjadi sebuah camper truck, lengkap dengan kemudahan seperti katil boleh lipat, dan bumbung yang boleh ditinggikan.

Terdapat tangga terbina dalam yang mampu memudahkan pergerakan turun dan naik, selain sistem pencahayaan, outlet kuasa elektrik, slot pengecasan USB, dan sistem ventilasi terbina bagi mengurangkan kadar kelembapan di bahagian dalam.
 

space


Menariknya, Space Campers turut menawarkan pelbagai jenis konfigurasi yang boleh disesuaikan mengikut keperluan, seperti penambahan panel solar, rak bumbung, tandas dan ruang mandi, dan tidak ketinggalan sistem projektor untuk paparan media!

Setakat ini, Space Campers tidak mendedahkan tarikh produksi, memandangkan Tesla Cybertruck itu masih lagi belum dipasang oleh Tesla.