Dengan harga bermula RM1.7 juta, anda boleh miliki jentera rali Subaru 'P2 WRC'

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah jentera rali yang sebenar sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat berdasarkan senarai di Silverstone Auctions, baru-baru ini.

Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya dipakaikan pada casis nombor 3 yang dipandu oleh mendiang Colin McRae ketika menyertai Rali Monte Carlo 1997.

Disebabkan kemalangan yang dihadapi, Colin tidak dapat menamatkan perlumbaan tersebut (DNF).
 

P2 WRC


Nombor pendaftaran P2 WRC itu kemudian dipasangkan pada Prodrive Chassis 21 di mana ia digunakan untuk kempen perlumbaan di Eropah antara tempoh 1998 hingga 2000, dengan beberapa kemenangan diperoleh termasuklah kejuaraan di Hungary pada tahun 1998 dan 1999.

Jentera ini kemudian berpindah ke UK sebelum pemilik semasa membelinya pada tahun 2004.
 

P2


Beli bukan untuk simpan sebagai kenang-kenangan, akan tetapi pemilik baharu tidak segan silu untuk terus membelasah jentera ini di 'medan pertempuran' dan berjaya memenangi beberapa kejuaraan serta mengalahkan jentera yang lebih moden untuk musim 2005, 2006 dan 2007.

Jentera ini pada asalnya merupakan kereta pemanduan sebelah kiri, namun telah ditukar kepada pemanduan sebelah kanan untuk tujuan perlumbaan rali di British Isles.
 

WRC


Menurut Silverstone Auctions, Pihak EJM Preparations bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal P2 WRC ini dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, di mana mereka baharu sahaja membina kembali enjin dan kotak gear kereta rali ini (dengan jarak perbatuan baru mencecah beberapa ratus km).

Jadi, ia bukanlah sebuah kereta replika seperti yang anda jangka, akan tetapi sebuah jentera sebenar yang membolehkan pemilik baharu tidak perlu berasa takut untuk menunjukkan kemahiran mengendalikannya di laluan yang betul.
 

WRC


Acara lelongan Silverstone Auctions ini akan mengambil tempat di Soneleigh Park pada 25 Februari ini, dengan harga jangkaan bermula dari £340,000 (~RM1,787,758)

Sumber: Silverstone Auctions

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sentuhan Estetik dan Aerodinamik STI     Penampilan luaran Impreza STI Performance Edition…
Berita Global
Subaru Impreza ST-H AWD   Edisi Istimewa ST Style Edition dan ST-H Style Edition Subaru turut…
Berita Global
  Crosstrek generasi ketiga diperkenal pada September 2022 dan Impreza generasi keenam menyusul…