Dendrobium nyata hasrat untuk berlumba di Le Mans

oleh HEZERI SAMSURI|
Dendrobium, hypercar elektrik sepenuhnya (EV) yang berasal dari Singapura mungkin akan muncul berlumba di dalam kategori hypercar untuk Le Mans.

Ketua projek tersebut, Nigel-Gordon Stewart memberitahu Top Gear UK bahawa beliau sedang mengkaji kemungkinan Dendrobium D-1 untuk berlumba di dalam kategori tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara syarat-syarat kelayakan bagi kategori hypercar ialah kereta itu perlu menghasilkan 1,000 hp dari kombinasi enjin V6 petrol dan motor elektrik (hybrid).

Setakat ini, dua syarikat telah mengesahkan kemasukan mereka - Aston Martin dengan Valkyrie dan 
sebuah hypercar dari gergasi Jepun, Toyota.

Toyota masih sedang dalam proses pembuatan hypercar itu di Toyota City, Higashi-Fuji dan Cologne.

Stewart berkata Dendrobium D-1 perlu menjadi sebuah model hybrid dahulu kerana ia direka sebagai sebuah EV dengan teknologi British.

 

 

EV kebanggan Kota Singa ini mampu untuk menjana 1,800 hp dan 2,000 Nm, dengan halaju maksimum melebihi 322 kmsj sementara pecutan 0-100kmsj dilakukan dalam masa 2.7 saat.

Berat sasaran untuk Dendrobium D-1 ialah 1,750 kg, dan kerana itu ia terpaksa menggunakan bahan-bahan dari gentian karbon untuk kerangka utama, komposit lanjutan (advanced composites) dan besi aloi.

Walaupun Dendrobium Automotive ialah milik Vanda Electrics dari Singapura, ia tidak menerima suntikan modal dari kerajaan negara itu.

Ia bergerak sendiri dengan pelaburan dari individu dan syarikat asing di Eropah. Mungkin kerana itu, projek Dendrobium ini berpangkalan di UK dan antara ahli pengarahnya ialah Jens Sverdup, seorang eksekutif dari Ferrari, Pagani dan Rimac dan pengerusi badan pengarahnya pula ialah Micahel Kimberley, salah seorang pengasas Lotus Engineering.

Ketua Projek Nigel-Gordon Stewart itu sendiri ialah bekas eksekutif jualan dan pemasaran untuk McLaren dan Lamborghini dan bekas pengarah bersekutu untuk Lotus.

Baca laporan pertama Careta mengenai Dendrobium di pautan di bawah: 

https://careta.my/article/vanda-dendrobium-dari-singapura-bakal-jadi-hypercar-ev-paling-pantas

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, syarikat yang bertanggungjawab, Dendrobium Automotive mengesahkan bahawa hypercar tersebut…