Denda RM2,800 jika memandu sambil guna henfon di Queensland

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis di wilayah Queendsland, Australia telah mengenakan saman sehingga AUD1,000 atau RM2,800 untuk mereka yang menggunakan henfon sambil memandu.

Saman itu bermula pada 1 Februari lepas dan dalam masa enam hari, polis Queensland berjaya menyaman 218 orang - membawa jumlah saman kepada lebih dari RM610,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan dan Jalanraya Utama Queensland, Mark Bailey, kadar saman itu pasti akan mengejutkan ramai.

"Itu adalah apa yang kami mahukan dan kami tidak akan meminta maaf jika saman itu dikatakan terlalu tinggi," ujar Mark.

"Memandu sambil menggunakan henfon adalah sama bahayanya seperti memandu di dalam keadaan mabuk," sambungnya.

Mereka yang ditangkap melakukan kesalahan yang sama berulang kali akan dikenakan dengan AUD2,000 dan mata demerit digandakan.

Pengguna basikal yang menggunakan henfon juga akan dikenakan denda AUD1,000.

Pemandu mabuk di Queensland boleh menerima saman AUD1,868 atau RM5,200, minima dan boleh dipenjara sehingga tiga bulan.

Ia boleh naik sehingga AUD8,007 atau RM22,200 dan tempoh penjara mengikut keputusan mahkamah.

Di Malaysia, mengubah nilai saman dan denda memerlukan proses yang panjang dan mungkin bila Malaysia sudah ada kereta terbang pun, nilai saman tersebut masih sama seperti dalam tahun 1985.

* Artikel dari Car Advice.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…