Denda hingga RM2k jika kayuh di lebuhraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna basikal boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika mereka engkar larangan mengayuh di dalam lebuhraya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pengguna basikal untuk beriadah perlu menggunakan laluan yang lebih sesuai.
Modenas

"Larangan untuk berbasikal di lebuhraya ada ditulis dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya," ujarnya kepada media.

Dari segi penguatkuasaan pula, memang ada peruntukan khusus di bawah Seksyen 79 (2) akta yang sama kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Setiap pintu tol ada diletakkan papan tanda melarang basikal dari menggunakan lebuhraya.

Antara punca kenapa basikal tidak dibenarkan di atas lebuhraya ialah kerana kelajuan yang terlalu perlahan dan akan menjadi risiko kepada penunggang basikal itu sendiri.

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain…
Hezeri Samsuri
Isu ini kecoh bila media menggunakan tajuk sensasi berkaitan Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil…
Berita Global
Dengan kuasa elektrik tersebut, kayuhan menjadi lebih mudah terutama sekali semasa mendaki kawasan…