Denda duduk dalam kereta jenazah sebab tak pakai pelitup muka

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan petugas COVID-19 di Probolinggo, Jawa Timur mengarahkan puluhan orang yang ditangkap tidak memakai pelitup muka memasuki sebuah kenderaan mengandungi keranda, yang digunakan untuk membawa mayat pesakit wabak berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kira-kira 50 penjual dan pelanggan di Pasar Maron semalam bergilir-gilir duduk dalam kenderaan itu untuk beberapa minit, sebagai hukuman sosial.

"Kami menghukum 50 penjual dan pelanggan di Pasar Maron dengan mengarahkan mereka duduk dalam kenderaan itu," kata penyelaras keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang pasukan petugas COVID-19, Ugas Irwanto kepada kompas.com.

Sebelum memasuki kenderaan, pasukan petugas memberikan pesalah itu pelitup muka.

Ugas berkata, dalam kenderaan itu, pesalah diminta untuk berfikir mengenai tindakan mereka. Pasukan petugas itu juga mengingatkan mereka bagaimana wabak COVID-19 mengorbankan banyak nyawa.

Pasukan petugas itu turut melaksanakan beberapa bentuk hukuman lain.

"Kami mengarahkan peniaga menutup kedai mereka selama seminggu, merampas kad pengenalan pesalah selama tiga bulan dan meminta sebahagian mereka membersihkan pasar dan membuka pembetung," kata Ugas.

Beliau berkata, pasukan petugas berkenaan akan melawat 34 lagi pasar di Probolinggo minggu depan bagi memastikan penduduk kekal berdisiplin dalam mematuhi protokol kesihatan.

"Pemerintah, timbalan pemerintah dan pihak berkepentingan Probolinggo juga mengambil bahagian dalam program itu," kata Ugas.

Setakat semalam, Probolinggo mencatatkan 559 kes COVID-19 dengan 139 kes aktif, 393 kes pulih dan 27 kematian.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Anda disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan ketika menggunakan pengangkutan awam demi…
Berita Domestik
Three Little Ahmads merupakan pengusaha jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan di Malaysia, di…
Berita Domestik
  "Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi…