Demografik pembeli semakin berusia, golongan muda tak minat Mustang - Ford

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang merupakan kereta sports yang paling laris terjual di seluruh dunia untuk enam tahun berturut-turut.

Namun, Ford mempunyai satu masalah yang ketara - demografik pembeli kereta sports coupe itu ternyata semakin berusia, dan semakin ramai pembeli yang mula sedar kehadiran kereta-kereta yang lebih praktikal dan cekap tenaga.

Menurut pengarah pemasaran Ford, Jim Owens memberitahu MuscleCarAndTrucks, "segmen ini telah mengecil dari tahun ke tahun.

"Bilangan pembeli yang meminati kereta sports sebenarnya sudah mengecil, dan apabila pembeli semakin berkurangan, apa yang anda perlu buat? Ia lebih bersifat pengalaman, untuk membawa mereka merasai penawaran produk (Mustang) ini.

Owen mengakui, tiada resepi khusus untuk menarik golongan pembeli yang lebih muda, dan mereka terpaksa melakukan eksperimen tersendiri untuk mengkaji apakah yang dilihat oleh golongan itu tadi, dan cuba untuk memenuhi kehendak mereka.
 

Mustang


"Banyak kelab-kelab Mustang lebih sekadar hadir dan menunjuk, datang berkumpul, meletakkan kereta masing-masing, menikmati hidangan kopi dan melepak bersama rakan-rakan.

"Apa yang kami dapati dalam demografik yang lebih muda adalah, mereka mahukan cabaran seperti autocross, catatan masa, ujian dan juga penalaan.

Salah satu cara Ford dalam mempromosikan Mustang kepada golongan pembeli muda adalah dengan menggunakan selebriti seperti Vaughn Gittin Jr., Hailie Deegan dan Joey Logano.

Sayang sekali, Ken Block sudah pun menamatkan kerjasama dengan Ford dan berpindah untuk bersama-sama dengan Audi.

Sumber: MuscleCarAndTrucks

Berita Berkenaan

Berita Global
  Teknologi ini dinamakan sebagai sistem Kawalan Had Kelajuan Geobatas Ford (Geofencing Speed…
Berita Global
  Perubahan atau peningkatan paling ketara untuk CS850R ialah pembeza (differential) Torsen…
Berita Global
  Pada perlumbaan 24 Jam Le Mans 1966 Ford diwakili beberapa pasukan di antaranya Shelby American…