Demam Piala Dunia - Auto Trader hadiahkan 6 buah kereta percuma!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini demam Piala Dunia sedang melanda para peminat sukan bolasepak. Garis masa di media sosial (medsos) pula banyak bercerita tentang perlawanan bola sepak selain dari hal ehwal politik.

Di United Kingdom, demam Piala Dunia betul-betul hangat sehinggakan portal Auto Trader yang merupakan platform jual beli kenderaan digital terbesar UK menghadiahkan enam buah kereta baharu sempena kemenangan England ke atas Panama pada Ahad lalu.

Cara untuk menyertai bukanlah sukar mana cuma hendak menang agak sukar. Apa yang peserta perlu buat ialah menulis #AutoTraderGoals di dalam Twitter, Facebook atau Instagram sebaik sahaja pemain England berjaya menyumbat gol.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Individu yang tidak mempunyai medsos boleh menyertainya melalui emel pada autotrader.co.uk/goals.

Pemenang akan dipilih secara rawak dan ini suatu yang agak sukar.

Peraduan ini sebenarnya telah bermula sebelum semasa England menentang Tunisia pada 18 Jun. Hadiah yang diberikan memang lumayan.

Sebuah Jeep Renegade untuk gol pertama dan Abarth 595 untuk gol kedua.

Setakat ini pertandingan #AutoTraderGoals telah berjaya menarik lebih dari 34,000 peserta setakat dua perlawanan melibatkan England. Semasa menentang Panama, peningkatan penyertaan meningkat mendadak sehingga 94 peratus!

Perlawanan seterusnya ialah menentang Belgium pada Khamis ini. Untunglah ada pasukan dalam Piala Dunia!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Informasi
Ini kerana pada ketika itu, teknologi bateri masih lagi belum cukup matang, dan EV seperti Nissan…
Berita Global
Jangan tersalah faham, bauan ini sebenarnya bukanlah untuk kereta anda yang sudah bertahun tidak…