Nampaknya, DNC Asiatic begitu serius dalam rencana mereka untuk melebarkan lagi pasaran sedia ada supaya jenama dibawa lebih kukuh secara global.
Sebagai permulaan, syarikat berkenaan meletakkan unjuran jualan sebanyak 25,000 unit motosikal bagi kedua-dua model tersebut.
Sebanyak RM198.9 juta bakal dilaburkan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Perkara tersebut diumumkan ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DNC Asiatic dengan Asian Comfort Co. Ltd. (Asian Comfort) dari Kemboja di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC), Menara Matrade Kuala Lumpur.
Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Pengarah Unit ASEAN Matrade, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Duta Kemboja ke Malaysia, HE Rath Many.
Menerusi MoU berkenaan, Asian Comfort akan menggalas tugas memasarkan motosikal jenama Demak untuk kegunaan pasaran di Kemboja.