Demak Sales and Services Sri Lanka kini telah menjalinkan kerjasama dengan Motul, pengeluar minyak pelincir terkemuka dunia sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di Sri Lanka.
Berikutan perjanjian kerjasama itu, Transmec International (Pvt) Ltd yang merupakan pengedar sah Motul di Sri Lanka bersama Demak Sales and Services Sri Lanka memeterai perjanjian membekal dan menjual produk pelincir Motul di kesemua rangkaian pengedar Demak di seluruh Sri Lanka.
Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn Bhd., Tan Peng Kee berkata, perjanjian kerjasama ini member peluang kedua-dua jenama ini berkembang seiring dengan teknologi dan kepakaran masing-masing.
“Motul merupakan sebuah jenama minyak pelincir yang terkenal di dunia dan menjadi salah satu penaja dan juga rakan pelincir rasmi untuk MOTO GP sejak dari 2014 sehingga kini, Demak amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Motul,’ katanya.
Ketika ini semua model motosikal Demak dipasang di kilang Sri Lanka dengan purata jualan sebanyak 1,000 buah sebulan.
Demak Sri Lanka memiliki 134 pengedar sah dan 34 pusat mega yang menyediakan perkhidmatan alat ganti dan servis di seluruh Sri Lanka.
Menurut Peng Kee, jenama Demak begitu cepat berkembang di Sri Lanka sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bagi memenuhi permintaan pasaran Sri Lanka DNC Asiatic Sdn Bhd telah membuka kilang pemasangan di Sri Lanka tahun lalu.
“Melalui kerjasama dengan Motul ini, kita akan berkongsi kerjasama teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar di seluruh Sri Lanka,” katanya.
Tambah beliau, Demak akan mencadangkan pengunaan minyak pelincir Motul sebelum dan selepas tempoh jaminan bagi mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin.