Delta4x4 hasilkan kit off-road untuk MPV VW T7 Multivan

oleh Mohamad Hanif|
Banyak model-model MPV menarik yang tidak dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia, dan salah satu contoh yang ada ialah model Volkswagen T7 Multivan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi baharu VW T7 Multivan telah dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu membawakan reka bentuk moden, dengan tahap versatiliti yang agak luas, boleh digunakan sebagai van penumpang atau campervan.
 

T7


Untuk mereka yang menggemari aktiviti luar yang lebih lasak, syarikat pakar offroad dari Jerman Delta4x4 kini membawakan pakej off-road untuk disesuaikan dengan VW T7 Multivan ini.

Ya, syarikat sama yang sebelum ini hadir dengan Jimny yang dilengkapi dengan gandar portal.

Untuk menawan laluan off-road, Delta 4x4 mendatangkan kit suspensi yang mampu meninggikan van ini sebanyak 40 mm yang turut merangkumi komponen daripada jenama ternama seperti Eibach dan Bilstein.

Untuk melindungi bahagian hadapan, VW T7 Multivan ini boleh dipasangkan dengan bar pelindung serta sistem pencahayaan tambahan PIAA.
 

T7


Pilihan rim pula terdiri daripada 18 inci dengan tayar Loder AT#1 bersaiz 255/55R18 atau rim 20 inci dengan tayar 275/40R20 yang lebar.

Disebabkan itu, arka roda telah dipasangkan dengan fender flare yang lebih ranggi dan sesuai dengan tema sebagai sebuah van off-road.

Untuk mereka yang mahukan ruang tambahan, terdapat opsyen pemasangan rak bumbung yang disertakan dengan bar LED di bahagian hadapan untuk pencahayaan ekstra.
 

T7


Setakat ini, ia hanya muncul sebagai sebuah imej janaan komputer, namun pihak Delta4x4 akan mula menghasilkan komponen khusus untuk VW T7 Multivan ini menjelang separuh kedua 2022.

Baca: Volkswagen T7 Multivan 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang mahukan pemanduan off-road yang lebih serius, syarikat penala Delta4x4 dan Avus…