DeLorean EVolved muncul 31 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut jadual asal, EV terbaharu DeLorean EVolved bakal membuat kemunculan rasmi di Pebble Beach pada 18 Ogos ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Namun, sesetengah peminatnya melahirkan rasa tidak sabar dan disebabkan permintaan yang tinggi, DeLorean akhirnya menganjakkan tarikh pelancaran sebenar lebih awal pada bulan ini, iaitu pada 31 Mei 2022.

Rekaan sebenar EVolved yang dihasilkan oleh Italdesign masih lagi belum didedahkan secara keseluruhan, namun berdasarkan gambar acah ia menampilkan reka bentuk yang jauh lebih lembut berbanding rekaan asal DMC-12 yang bersegi itu.

Namun, satu perkara yang pasti, DeLorean EVolved bakal menampilkan rekaan pintu gullwing yang ikonik, selain rekaan tingkap belakang bertangga yang menyamai ciri unik yang ada pada model DMC-12.

Gambar acah terbaharu ini turut memaparkan rekaan lampu LED yang melintang penuh, diikuti dengan perkataan DeLorean yang beriluminasi.

Setakat ini, DeLorean masih belum mendedahkan spesifikasi trenkuasa elektrik model EVolved ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
DMC DeLorean bakal dijenamakan semula sebagai DeLorean EVolved sebagai satu rujukan kepada…