DeLorean DR-7 - seawal 2018

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

DeLorean, syarikat kenderaan dari US yang terkenal dengan kereta sport di dalam filem Back To the Future itu sebenarnya telah bertukar bidang dari automotif ke aerospace.

Baru-baru ini, syarikat DeLorean Aerospace mengumumkan bahawa produk DR-7 mereka akan mencuba menerbangkan prototaip pesawat itu pada penghujung tahun 2018.

DR-7 ialah sebuah kapal terbang yang mampu naik dan turun secara menegak (Vertical Take-Off and Landing atau VTOL) seperti sebuah helikopter atau jet pejuang Harrier.

 

delorean 1

 

Ia menggunakan sepasang kipas elektrik yang mampu mengubah kedudukan kuasa tujahannya (thrust vectoring) bagi menstabilkan pesawat dan menerbangkannya pada kelajuan malar 240 kmsj.

Halaju maksima dijangka mencapai 386 kmsj.

Oleh kerana ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, ia mempunyai jarak perjalanan sejauh 193 km.

Rangka pesawat menggunakan kerangka monocoque dari carbon composite dan ia mempunyai dua tempat duduk dan diterbangkan secara automatik (autonomous vehicle).

Tidak ada sirip kemudi atau rudder kerana kipas itu boleh diubah posisi untuk terbang ke arah yang diperlukan.

Oleh kerana ia kecil, ia boleh disimpan di dalam garaj.

 

delorean 2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi rekaan, Alpha5 kini merupakan jelmaan moden kepada model asal DMC-12, namun dengan garis…
Berita Global
Namun, sesetengah peminatnya melahirkan rasa tidak sabar dan disebabkan permintaan yang tinggi,…
Berita Global
Serentak dengan itu, DeLorean turut memuat naik imej acah bahagian belakang model EV dengan garisan…