DeLorean DMC-12 1981 filem BTTF kini menyertai barisan National Historic Vehicle Register

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, kereta sports DeLorean DMC-12 1981 suatu ketika dahulu tidak begitu dihiraukan umum, namun ia kini menjadi buah mulut masyarat gara-gara penampilan rasmi di dalam filem trilogi Back To The Future.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan sejarahnya yang cukup menarik, ia kini merupakan sebahagian daripada kenderaan yang menyertai National Historic Vehicle Register - organisasi yang bertanggungjawab merakamkan dan melindungi sejarah automotif Amerika Syarikat.

Sejarah pemilihan DMC-12 sebagai prop filem Back To The Future juga sangat menarik untuk diketahui.

 


Menurut pengarah dan penulis bersama filem tersebut, Robert Zemeckis berkata, sebab beliau memilih DeLorean adalah kerana "ia merupakan kereta yang wujud dengan pintu jenis gullwing, dan penampilan seakan sebuah kapal angkasa bagi masyarakat era 50-an."

Pengarah Eksekutif Hagerty Drivers Foundation menjelaskan, "Mesin Masa DeLorean merupakan antara automobil yang paling terkenal di dunia, merentasi sempadan dan generasi, serta penampilan di luar jangkaan komuniti kereta.

Setelah penggambaran filem tersebut selesai, DeLorean ini dipamerkan di Universal Studios Hollywood, namun ia menjadi mangsa tangan yang tidak bertanggungjawab yang bertindak mencuri beberapa komponen penting pada kereta tersebut.

 


Tahun 2012, penulis bersama filem tersebut Bob Gale melihat kereta tersebut berada dalam kondisi yang cukup menyedihkan, dan membuat keputusan untuk menjalankan proses restorasi bersama-sama pakar di dalam membikin replika filem.

DIfahamkan, projek restorasi tersebut memakan masa dua tahun untuk disiapkan sebelum dipinjamkan kepada Petersen Automotive Museum bermula tahun 2016.

DeLorean DMC-12 memasuki pasaran pada tahun 1981, dan sepanjang dua tahun produksi sebanyak 9,000 unit telah berjaya dihasilkan sebelum DMC disahkan bankrap.

 


Hanya pada tahun 1985, filem pertama Back To The Future ditayangkan dan kesan daripada itu DMC-12 mula meraih popularitinya yang tersendiri dikalangan peminat.

Sayang sekali, populariti DMC-12 sebagai sebuah prop filem tidak mampu menyelamatkan keadaan pengeluar tersebut.

DMC-12 dikuaskan oleh enjin PRV (Peugeot-Renault-Volvo) bentangan V6 2.85 liter yang berupaya menghasilkan 130 hp dan daya kilas 207 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik tiga kelajuan.

 


Pada ketika itu, DMC-12 mampu memecut sepantas 8.8 saat daripada pegun ke 96 km/j dengan transmisi manual, atau 10.8 saat dengan transmisi automatik, serta kelajuan tertinggi 175 km/j.

Sumber: Hagerty

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta sports yang sangat ikonik disebabkan oleh francais filem Back To The Future itu bukan sahaja…
Gaya Hidup
Bagi kedua peminat kereta dan filem tersebut, jenama REC telah menghasilkan jam tangan edisi terhad…
Berita Global
Dari segi rekaan, Alpha5 kini merupakan jelmaan moden kepada model asal DMC-12, namun dengan garis…