Serentak dengan itu, DeLorean turut memuat naik imej acah bahagian belakang model EV dengan garisan yang jauh lebih lembut, berbanding rekaan bersegi yang muncul daripada tahun 1980-an itu.
Model baharu ini juga dijangka membawakan rekaan lampu LED yang melintang penuh bahagian tersebut.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, rekaan model baharu DeLorean ini diserahkan kepada Italdesign, dan ia masih lagi mengekalkan ciri pintu sayap gullwing, namun dengan elemen aerodinamik.
Tiada sebarang informasi didedahkan berhubung spesifikasi trenkuasa elektrik yang bakal dimuatkan pada model pengganti DMC-12 ini, namun ia sudah pasti jauh lebih berkuasa berbanding enjin asal V6 2.85 liter yang mampu menghasilkan hanya 130 hp dan 217 hp itu.
Sebagai info, model asal DeLorean DMC-12 merupakan satu kegagalan di mana ia hanya sempat diproduksikan selama dua tahun sebelum syarikat tersebut bankrap.