deli by Shell pertama dibuka di stesen LRT Abdullah Hukum

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia hari ini melancarkan pembukaan deli by Shell yang pertama di luar stesen minyak Shell terletak di stesen LRT Abdullah Hukum.
Modenas

deli by Shell ini menawarkan pelbagai pilihan makanan signatur deli2go bagi memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ke tempat kerja, serta pilihan kegemaran tempatan seperti nasi lemak bungkus, donat ikan bilis, dan hidangan nasi Buttermilk Chicken.

Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menikmati kombo makanan yang hadir dengan pilihan Kopi-O dan Teh-O.

 


Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "sebagai peruncit mobiliti, kami sentiasa berinovasi dengan meletakkan keutamaan pelanggan di dalam hati kami.

"Melihatkan kepada kesibukan orang ramai yang lebih memerlukan kemudahan ketika bergerak, kami mengambil langkah berani dengan menawarkan pelbagai jenis makan dan minuman di luar stesen minyak kami.