Defender yang lebih 'hardcore' daripada Manhart

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesetengah pihak, Defender generasi baharu ini mungkin dilihat tidak langsung mewarisi semangat yang ada pada model Defender yang lama, namun pihak Land Rover tidak terus memandang enteng keupayaan yang patut ada pada model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana dalam bentuk standard kilang sekalipun Defender didatangkan dengan bermacam-macam ciri yang membolehkannya mampu untuk menawan apa jua bentuk muka bumi.

Untuk mereka yang lebih menggemari aktiviti yang lebih lasak, boleh cuba mendapatkan pakej yang lebih 'hardcore' daripada pihak ketiga, seperti Manhart.
 

Manhart


Tidak seperti Chelsea Truck Company yang cuba menjadikan Defender lebih sporti, Manhart membawakan naiktaraf bagi menjadikan Defender lebih berkeupayaan untuk meredah laluan off-road yang ekstrem.

Seperti contoh, set rim serba baharu yang dibaluti dengan tayar all-terrain, aksesori bermotifkan off-road seperti bar LED pada bahagian bumbung, rak bumbung, snorkel, bull bar yang besar, cangkuk tugas berat, skid plate, serta sistem suspensi udara yang telah ditinggikan.

Manhart turut menawarkan pakej talaan kuasa kepada nadi Defender sedia ada.

Tiada sebarang harga didedahkan, namun pihak yang berminat boleh terus menghubungi Manhart untuk mendapatkan khidmat mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…