Defender ori bakal kembali 2021 - bukan di bawah jenama Land Rover

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala Land Rover kini sedang giat menguji pemanduan generasi terbaharu Defender, sebuah lagi projek pihak ketiga kini sedang dibangunkan bagi mengembalikan SUV ikonik itu untuk pasaran massa. 

Ia dikendalikan oleh Ineos Automotive, sebuah syarikat baharu yang bakal memproduksikan SUV yang diinspirasikan bentuknya daripada Land Rover Defender asli. 

Pun begitu, Ineos tidak akan menggunakan enjin daripada Jaguar Land Rover, sebaliknya mereka menghubungi MBtech, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Daimler bagi menyalurkan bekalan enjin BMW pada SUV 'Defender' ini. 
 


Menariknya, menurut Land Rover, mereka tidak kisah dengan persaingan yang bakal dihadapi, namun mereka akan memantau setiap usaha yang diambil oleh Ineos, terutama perihal hak harta intelek rekaan mereka.

Projek Grenadier - kod nama bagi projek SUV ini - masih belum dapat dipastikan lokasi produksinya lagi dan ia dijangka akan menghasilkan kira-kira 25,000 ke 30,000 unit setahun. 

Ineos bakal membangunkan 'Defender' ini menggunakan rangka tangga keluli kukuh untuk memberikan kemampuan meredah off-road dan keupayaan menunda yang lebih baik, dan turut dibantu dengan binaan badan daripada aluminium. 
 


Selain daripada SUV, Defender ini juga bakal ditawarkan dalam bentuk trak pikap. 

Jika model asal Defender disasarkan pengenalannya pada tahun 2020, Ineos Defender pula bakal membuat kemunculan bermula tahun 2021.

Baca: 6 Fakta berkenaan Land Rover Defender 2020

Baca: Adakah ini rupa dalaman Land Rover Defender 2020?

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, mereka yang berada di dalam golongan tangan gatal perlu mengambil inisiatif berjumpa dengan…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…