Defender 130 bakal hadir dalam tempoh 18 bulan lagi - Land Rover

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan model Defender 90 dan Defender 110, Land Rover dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan Land Rover Defender dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut laporan daripada Automotive News Europe, eksekutif Jaguar Land Rover telah mengesahkan kehadiran Defender yang lebih panjang itu dalam masa 18 bulan akan datang.

Dijangka bakal meneruskan skema penamaan Defender 130, Land Rover walaubagaimanapun tidak akan menawarkan versi trak pikap seperti penawaran terdahulu.

Dari segi dimensi, ia bakal mengekalkan ukuran jarak antara roda 3,022 mm dengan pertambahan dimensi panjang 14 inci lebih panjang berbanding Defender 110 sedia ada (5,018 mm).

Menurut ketua pegawai kewangan Land Rover Adrian Mardell menjelaskan, model Defender 130 ini bakal menjadi model popular di Amerika Utara, China, serta kawasan Timur Tengah.

Berita berkenaan kehadiran Defender 130 ini sudah pun kedengaran tidak lama sebelum pelancaran rasmi Defender 110 dan Defender 90 pada tahun 2019.

Dengan kehadiran model berkuasa V8 yang dilancarkan baru-baru ini, tidak mustahil Land Rover akan menawarkan enjin yang serupa pada model Defender 130 yang baharu ini.

Sumber: Automotive News Europe

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…
Berita Global
Ia menggunakan asas daripada model Defender 90 P400 X-Dynamic SE yang dilengkapi dengan enjin enam…