Aliran trafik dijangka meningkat mulai hari ini (Selasa) dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun berkata, 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah kumpulan PLUS, 198,000 (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak), 78,220 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1), 59,220 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2) dan 153,700 menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Untuk kemudahan pengguna lebuh raya, Sazali berkata, Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi 7 pagi hingga 10 malam dan pengguna boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya menerusi media sosial rasmi LLM dan syarikat konsesi atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau paparan kamera liter tertutup (CCTV) di https://www.llm.gov.my
Tiada penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula Khamis ini hingga Isnin.