Deepavali 2023 - 2 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuh raya PLUS

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya itu pada hari-hari puncak sempena perayaan Deepavali ini.

Sehubungan itu, PLUS memaklumkan pihaknya mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali bermula 10 hingga 14 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas syarikat tersebut, TTA membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka, di samping membolehkan PLUS mengagihkan trafik serta mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

"Jadual TTA tersebut boleh diperolehi menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia.

"Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya," katanya dalam kenyataan berkenaan pada Selasa.

Dalam masa sama, PLUS akan memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital iaitu Program Rintis My-TTA yang menggunakan aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Deepavali dalam masa terdekat.

PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi X @PLUSTrafik, aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti siaran radio utama negara.ma negara.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang…