Debut PAL-V Liberty di Geneva Motor Show 2018 Mac depan

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar kereta terbang, PAL-V mendedahkan bakal memperkenalkan produk terbaharunya, PAL-V Liberty pada Geneva Motor Show 2018 Mac depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum didedahkan kepada umum, model Liberty baharu itu terlebih dahulu diuji dan kini sedang berada di peringkat akhir pensijilan.

Proses pensijilan tersebut dijangka selesai menjelang tahun hadapan (2019).

Bercerita serba sedikit mengenai model tersebut, PAL-V Liberty mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan.

Untuk makluman, kenderaan roda tiga tersebut hanya diketahui menggunakan dua unit enjin pesawat Rotax dan mampu bertukar kepada gyrocopter dalam masa lima minit sahaja. Hebat bukan?

Sehingga kini, PAL-V memilih untuk merahsiakan perihal spesifikasi selebihnya.

Apa yang Careta tahu, kereta terbang tersebut direka mengikut standard piawaian kenderaan dan pesawat ditetapkan di Amerika Syarikat (AS).

Sebagai permulaan, PAL-V menyediakan dua varian Liberty untuk pilihan pengguna seperti Sport dan Pioneer Edition.

Varian asas Liberty Sport ditawarkan pada harga AS$399,000 (RM1.5 juta) manakala varian premium, Liberty Pioneer Edition pula berharga AS$$599,000 (RM2.3 juta).

Setakat ini, PAL-V sudah pun membuka tempahan awal bagi model berkenaan pada kos minimum serendah AS$2,500 (RM9,750).

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…