Menerusi satu kenyataan, firma tersebut memberitahu MSO X series direka di atas platform McLaren 570S GT4.
Pengarah Eksekutif Bahagian Pemasaran dan Jualan McLaren, Jolyon Nash berkata, pembinaan model berkenaan dilakukan mengikut permintaan dan citarasa pelanggan.
Menurut Jolyon, koleksi MSO X tersebut boleh dianggap sebagai produk terbaik pernah dihasilkan mengikut citarasa pelanggan.
“Pelanggan hanya perlu mengutarakan pandangan dan idea kepada Unit Operasi Khas McLaren (MSO) selama mana ia tidak melanggar had dibenarkan.
“Pelanggan teruja kerana diberi peluang memainkan peranan sama seperti jurutera perlumbaan sebenar, di McLaren sahaja mereka boleh berbuat demikian," seloroh Jolyon.
Mengulas lebih lanjut mengenai MSO X series, Jolyon memberitahu, MSO X memiliki fitur menarik seperti sayap perlumbaan sporty dan aplikasi bumbung gentian karbon.
Kehadiran dua komponen tersebut berkesan menyumbang kepada penambahan downforce sebanyak 100 kilogram (kg) selain turut membantu meningkatkan aliran udara induksi.
Sebagai permulaan, McLaren hanya menyediakan 10 unit MSO X series berdasarkan tempahan dan kesemua model berkenaan telah dijual menerusi cawangan pengedar sah mereka di Newport Beach, Amerika Syarikat.