Dealer Awards Night 2025 oleh BMW rai kecemerlangan dalam jualan dan perkhidmatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan majlis tahunan Dealer Awards Night 2025 di M Hotel Kuala Lumpur bagi menghargai pencapaian cemerlang rangkaian pengedarnya dari seluruh negara merangkumi jenama BMW, MINI, dan BMW Motorrad.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata kejayaan BMW dalam segmen premium tidak terlepas daripada dedikasi para pengedar.

Tahun 2024 merupakan tahun yang mencabar namun pengedar tetap konsisten dalam menyampaikan "Sheer Driving Pleasure" kepada pelanggan.

Majlis tersebut turut meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, model ikonik yang telah membentuk identiti jenama BMW selama beberapa dekad.

Berikut merupakan anugerah kecemerlangan yang diberikan:

BMW Product Genius 2024

  • Ahmad Dhiyaudin Bin Rosleli (Millennium Welt KL North)

BMW High Voltage Expert 2024

  • Rampirabu A/L Engiddaraman (Auto Bavaria Ara Damansara)

BMW Aftersales Vision Club 2024

  • Kategori Pengurus Khidmat Pelanggan: Gloria Sigus, Gururaj, Crystal Yee
  • Juruteknik: Kent Chuah, Muhamad Tarmizi, Hemanathan Rao
  • Kategori Terbuka: Lee Keng Yew, Nur Farah, Tan Wei Xiong
  • Pengurus Alat Ganti: Pea Fong Fong, Fun Meng Chiang
  • Penasihat Servis: Ooi Zhe Ang, Ooi Kee Hong, Tan Qi Herng
  • Ketua Aftersales: Boo Yi Ping, Tee Chung Yon, Elavarasan Elangovan

BMW Motorrad Dealer Award 2024

  • Anugerah merangkumi jualan, pemasaran, servis, dan khidmat pelanggan dengan pemenang utama dari Auto Bavaria Penang dan Ara Damansara.

Top Sales Advisor for Highest Funded Contracts 2024

  • Tan Yeok Thye (BMW Motorrad)
  • Patrick Lim (MINI)
  • Lucas Liang (BMW)

Top Sales Advisor for Easy Drive 2024

  • Chong Kean Tuck, Doreen Koay, Lee Sok Yee, Belinda Ong

Most Supportive BMW Dealership 2024

  • Auto Bavaria Ara Damansara

Highest Penetration for Financial Services 2024

  • Beberapa wakil dari Auto Bavaria, Millennium Welt, dan Regas Premium menerima pengiktirafan dalam kategori BMW, MINI dan Motorrad.

MINI Issigonis Club Award 2024

  • Mengiktiraf prestasi luar biasa dalam kategori Top Sales Advisor, Sales Manager, dan Dealership bagi Cooper, Cooper S, Cooper SE dan John Cooper Works.

BMW Vision Club Award 2024

  • Menghargai kejayaan jualan BMW Premium Selection dan prestasi mengikut kategori Silver, Gold, Platinum dan Diamond untuk Sales Advisor dan Head of Sales.

BMW Excellence Club Award 2024

Anugerah tertinggi kepada Dealer Principal yang menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan:

  • Kategori Diamond: Joe Lee (Auto Bavaria Ara Damansara)
  • Kategori Platinum: Antony David, Bryan Wong
  • Kategori Emas & Perak: Wakil dari Auto Bavaria, Millennium Welt, dan Regas Premium

Majlis tersebut menekankan peranan penting para pengedar dan setiap individu dalam memperkukuh kedudukan BMW sebagai peneraju automotif premium di Malaysia dan terus memperkasakan pengalaman pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara model yang digunakan ialah BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport, yang…
Berita Domestik
Hadir dengan tema baharu untuk tahun ke-18, BMW Shorties bertujuan untuk mencabar pencipta…
Berita Domestik
Acara anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang dan komitmen pekerja yang tidak berbelah bahagi…