DBKL tawar kadar khas notis kompaun 2022 sehingga 30 jun

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 sehingga 30 Jun depan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur baru-baru ini.


DBKL dalam kenyataan berkata, pemberian kadar khas itu membabitkan notis kompaun trafik yang belum dijelaskan dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun, inisiatif kadar khas itu tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam dan kesalahan kes am yang tiada dalam kadar berjadual.

 

Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat semakan dan bayaran menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.

 

Selain itu, semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MOBIS-DBKL atau secara Jompay menerusi aplikasi perbankan.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…
Berita Domestik
"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai…