DBKL-Penggunaan Biodiesel B10 berjaya capai jarak 3 juta km tanpa masalah

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malaysia kini dalam usaha untuk memperkenalkan biodiesel B10 kepada orang awam. Menurut wakil dari pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), usaha ini masih belum dilaksanakan adalah kerana harga sawit yang tidak stabil dan tinggi.

 

Baru-baru ini Careta telah berpeluang untuk berkunjung ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak mereka.

 

Untuk makluman, DBKL merupakan antara yang terlibat dalam usaha sama bersama pihak MPOB bagi menguji penggunaan biodiesel B10 sejak tahun 2014 lagi.

 

“Ini merupakan salah satu inisiatif yang baik kerana program ini menepati fokus DBKL, iaitu untuk mewujudkan bandar hijau sejak tahun 2003 lagi” kata Jurutera Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Muhammad Alif Bin Muhammad Noor.

 

Dalam projek percubaan ini, terdapat 50 unit kenderaan termasuk jentera besar, trak pikap, lori dan lain-lain lagi.

 

Bagi tempoh tiga tahun setengah dalam proses ujian, para pemandu yang telah mencuba memandu menggunakan biodiesel B10 menyatakan bahawa tiada banyak perbezaan diantara diesel biasa dan biodiesel B10 ini.

 

Selain itu, penggunaan biodiesel B10 ini juga lebih jimat dan pengurangan asap yang sangat ketara.

 

Sejak dari tahun 2014, pihak DBKL tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan penggunaan biodiesel B10.

 

Secara purata, DBKL telah menggunakan biodiesel B10 ini bagi jarak tiga juta km, dengan setiap kenderaan mencatat 60,000 hingga 70,000 km jarak perjalanan.

 

“Hasil ujian emisi oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bacaan emisi Nissan UD LKA dengan penggunaan biodiesel B10 adalah 2.8% dan pikap trak Navara 2.7%” kata Alif.

 

Pihak Careta juga terlibat dalam sesi pandu uji menggunakan biodiesel B10 ini bagi jarak 1,000 km untuk Ekspedisi Trans Borneo, dari Sarawak ke Sabah.

 

Apa yang kami dapat simpulkan, penggunaan biodiesel B10 ini tidak memberi kami sebarang masalah sepanjang ekspedisi 1,000 km itu.

 

Apa yang paling ketara, pengunaan biodiesel B10 dapat mengurangkan asap, tiada bau diesel yang kuat seperti bau lori, pemanduan juga lancar, dan pengunaan bahan bakar juga menjimatkan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan…
Berita Global
Currently, Malaysia is already selling B7 biodiesel at the pumps for both Euro 2M diesel and Euro 5…
Informasi
Sedar atau tidak, penggunaan biodiesel bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia kerana semua…