DBKL kompaun kontraktor korek jalan lebih had waktu

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan pematuhan kerja korekan jalan awam sekitar ibu kota pada Sabtu.

Pemeriksaan melibatkan Jalan Sungai Besi, Jalan Kuchai Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Cheras, Jalan Raja Abdullah, Jalan Genting Kelang dan Jalan Kilang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

DBKL memaklumkan, pihaknya mengesan beberapa kesalahan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dilakukan kontraktor.

Menurutnya, antara kesalahan itu ialah melakukan kerja-kerja pembaikan melebihi waktu yang ditetapkan, tidak meletakkan papan tanda isyarat lalu lintas serta menutup jalan tanpa kebenaran.

"Selain itu, ada antaranya melonggokkan sisa di atas jalan awam serta tidak mengutamakan kebersihan dan keselamatan di atas jalan awam.

"Sebanyak sepuluh notis kesalahan am telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (8 notis), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (1 notis) dan Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 (1 notis)," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Ahad.

DBKL memaklumkan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

DBKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi operasi itu, DBKL menjalankan pemeriksaan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja…
Informasi
"Pada awal tahun ini, laluan yang telah dikenakan caj RM1 meliputi laluan 1 (hijau), 2 (ungu), 3 (…
Berita Domestik
Menurutnya, menggunakan sistem AI, sistem CCTV berkenaan mampu mengesan sesebuah kenderaan atau…