DBKL keluarkan 75 notis kompaun parkir secara haram

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari DBKL
Sebanyak 75 notis kompaun dikeluarkan dan 24 kenderaan ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana parkir secara haram, pada Selasa.


Tindakan itu dilakukan dalam Operasi Bersepadu Halang Siri 3/2023 di Jalan Klang Lama, Jalan Dutamas dan Jalan Changkat Bukit Bintang, di Kuala Lumpur.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

 

DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL bermula jam 9.30 malam.

"Dalam operasi itu, DBKL mengeluarkan 75 notis kompaun dan 24 tindakan tunda terhadap kenderaan yang membuat kesalahan menghalang lalulintas dan meletak kenderaan di laluan awam serta tidak dibenarkan.

"Kenderaan ditunda ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, operasi berkenaan akan diteruskan di lokasi tumpuan lain dan pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

 

DBKL

Berita Berkenaan

Informasi
Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah,…
Informasi
"Kerajaan akan melaksanakan kajian secara dalam talian untuk mengukur tahap kepuasan pengguna…
Berita Domestik
Menurut DBKL lagi, tindakan kunci roda kenderaan itu akan dilaksanakan ke atas kenderaan yang…