DBKL galak kakitangan guna pengangkutan awam ke tempat kerja

oleh Mohamad Hanif|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan warga kerjanya untuk memanfaatkan pengangkutan awam sebagai satu inisiatif mengurangkan kadar kemasukan kenderaan di ibu kota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pendekatan itu akan menjadikan udara di bandar lebih bersih, masyarakat selesa serta selamat, selain membantu meningkatkan taraf kesihatan.

"Sebagai permulaan, kita memberi insentif kad perjalanan My30 bagi perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad pada awal bulan ini.

"Kita juga sedang mengkaji untuk melarang warga kerja kita daripada membawa kenderaan ke pejabat pada setiap Jumaat sebagai inisiatif mengamalkan gaya hidup rendah karbon," katanya kepada media selepas majlis perasmian Kuala Lumpur Sustainable Developement Goals (SDG) Centre, di sini hari ini (28 September).

Mahadi berkata DBKL juga bercadang membangunkan ladang solar di beberapa tasik di ibu negara bagi menggantikan penggunaan tenaga fosil.

"Kita berharap segala usaha ini dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang lestari kepada masyarakat dan alam sekitar bertepatan dengan matlamat SDG," katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan pihaknya belum mengenal pasti tarikh, masa dan lokasi…
Berita Domestik
Pusat Komuniti Desa Mentari Seva di Petaling Jaya telah menerima perabot, komputer riba,…
Berita Domestik
Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat  di sebuah…