DBKL - Bukan tanah mendap/lubang benam di Jalan Sultan Ismail

oleh Penyumbang Rencana|
foto DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlaku tanah mendap atau lubang benam di Jalan Sultan Ismail seperti tular di media sosial.

Ia susulan tular video berdurasi 10 saat pada Isnin memaparkan keadaan jalan seakan mendap dengan pasukan bomba berada di lokasi bagi memantau keadaan.

Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan telah menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.

Kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan oleh pihak Air Selangor. Bagi kerja-kerja baikpulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air, ianya akan bermula pada jam 8 malam Isnin dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 5 pagi pada Selasa.

-Jangan kongsi berita tak sahih-

 

DBKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Foto: MalayMail Fokus Selesai Bottleneck Trafik Bandar Memetik laporan BERNAMA bertarikh 27…
Berita Domestik
Rakaman berdurasi lebih tiga minit itu dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Black Pesol,…
Berita Domestik
DBKL menegaskan komitmen untuk memastikan jalan raya serta ruang parkir awam bebas daripada…