DB5 ori James Bond untuk dijual - harga mungkin mencecah RM25 juta!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini Aston Martin diberitakan sedang membina 25 unit terhad model vintaj kegunaan ejen James Bond di dalam filem Goldfinger, Aston Martin DB5. 

Namun, bagi mereka yang inginkan originaliti daripada model sebenar yang digunakan di dalam filem tersebut, usah risau kerana terdapat sebuah DB5 ori akan dijual pada musim panas ini. 
 


Ia akan dikendalikan oleh RM Sotheby dan percaya atau tidak, ia merupakan salah sebuah daripada dua unit DB5 yang dibina oleh Eon Productions - syarikat yang bertanggungjawab di sebalik tabir filem Bond untuk promosi filem Bond Thunderball. 

 


Ini bermakna, segala gajet original yang dipaparkan pada filem boleh didapati pada kereta ini seperti smokescreen deployer, sistem pemetaan, pelancar tempat duduk dengan bumbung terbuka, bumper boleh dipanjangkan, dan mesingan yang disembunyikan pada lampu membelok. 


Sebelum ini, RM Sotheby pernah menjual unit yang sama kepada pemilik terdahulu dengan harga sekitar $2 juta (RM8.34 juta) dan harga jualan kali ini dijangka melonjak kepada $6 juta (RM25 juta)!

 


Sebagai perbandingan, Aston Martin menjual unit DB5 Goldfinger yang diproduksikan semula pada harga $3.6 juta (RM15 juta) sahaja. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau kerana anda sebenarnya masih lagi boleh memandu sebuah kereta Aston Martin DB5 meskipun…
Berita Global
  Kereta ini dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dengan output 5kW/6.7 bhp yang memacu roda…
Berita Global
  Untuk pengeluaran baharu, Aston Martin turut bekerjasama dengan penerbit filem James Bond iaitu…