Daymak catat lebih 10,000 tempahan untuk model EV beroda tiga, kereta terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Demak merupakan satu jenama motosikal yang popular di tanah air kita, namun Daymak (sebutan lebih kurang serupa) merupakan sebuah syarikat EV yang berpangkalan di Kanada yang memfokuskan kepada penghasilan kenderaan elektrik ringan (LEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada Forbes, syarikat Kanada itu telah berjaya merekodkan sehingga 10,384 unit tempahan (lebih $320 juta) untuk barisan model-model EV yang bakal dilancarkan kelak, termasuklah EV beroda tiga Spiritus dan kereta terbang Skyrider.

Spiritus merupakan sebuah EV beroda tiga dengan kapasiti dua tempat duduk dan memiliki karakteristik pemanduan ala-ala go kart.

 


Spiritus Deluxe yang mempunyai kuasa 100 hp, pek bateri berkapasiti 36kWh, jarak operasi sejauh 290 km dengan keupayaan pecutan 0-96 km/j dalam masa 6.9 saat.

Sementara varian Spiritus Ultimate pula hadir dengan sistem pacuan 3x3, kuasa setinggi 200 hp, pek bateri berkapasiti 80 kWh, jarak operasi sejauh 483 km dan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 1.8 saat sahaja.

Secara standard, Spiritus dilengkapi dengan panel solar, sistem brek regeneratif, aplikasi peranti pintar, sistem penggera, tali pinggang keledar tiga poin serta sistem kemasukan kunci pintar.

 


Kereta terbang Skyrider berbentuk seakan sebuah UFO itu pula berjaya mencatatkan tempahan berjumlah 649 unit, dengan keupayaan sehingga 250 hp, jarak operasi sejauh 100 km dan berkeupayaan mencapai kelajuan tertinggi 300 km/j.

Walaupun pra-tempahan telah pun dibuka, usah gembira terlalu awal kerana Skyrider sebenarnya masih lagi belum mendapat kelulusan untuk terbang daripada mana-mana pihak berkuasa.

 


Daymak Avvenire merupakan barisan enam buah kenderaan elektrik ringan yang bakal diperkenalkan oleh Daymak yang terdiri daripada:

  • Spiritus - EV beroda tiga dengan kelajuan maksimum 209 km/j dan jarak operasi sehingga 483 km
  • Skyrider - kereta terbang berprestasi tinggi
  • Terra - e-bike all-terrain dengan panel solar terbina, paparan LED, GPS dan pembesar suara
  • Foras - e-bike beroda tiga berbumbung sepenuhnya dengan ciri panel solar, kawalan iklim, dan sistem hiburan
  • Tectus - skuter off-road pacuan semua (tiga) roda
  • Aspero - kenderaan all-terrain bertutup penuh hadir dengan panel solar, kawalan iklim, motor yang lebih berkuasa dan sistem hiburan

 

Skyrider
Spiritus
Terra
Foras
Tectus
Aspero


Sumber: Forbes, Daymak