Datuk Seri, pandemik ada efek pada jualan kenderaan ya.

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam berkata bahawa pandemik Covid-19 tidak menjejaskan penjualan kenderaan.

Beliau memberikan kenyataan tersebut semasa mesyuarat agung ke-43 Persatuan Persekutuan Syarikat-Syarikat Motor dan Kredit (FMCCAM) yang dilakukan secara virtual.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ka Siong seterusnya merujuk kepada perubahan industri penjualan kenderaan yang sudah berpindah ke arah jualan atas talian untuk menyesuaikan keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sistem eSerahan Tukar Milik (eSTM)turut membantu menukarkan hak milik kenderaan tanpa perlu ke pejabat JPJ," sambungnya lagi dalam laporan akhbar The Star berkaitan isu tersebut.

Sayang sekali nampaknya Menteri tidak diberikan penerangan yang tepat berkaitan industri automotif, yang selama ini tidak diambil berat oleh beliau.

Untuk pengetahuan Tuan Menteri, FMCCAM adalah sebuah persatuan yang mewakilkan industri jualan kenderaan terpakai.

Industri kenderaan terpakai memang tidak terjejas selagi kenderaan baharu terjual. Jika jualan kenderaan baharu menurun, industri itu juga akan terjejas kerana kebanyakan kenderaan baharu dibeli dengan menjual kenderaan yang lama (trade in).

 

 

Di bawah saya kongsikan sedikit masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kenderaan yang mempunyai jumlah pelaburan dalam negara yang tinggi dan juga menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, berbanding dengan industri kenderaan terpakai atau kenderaan recond.


1. Penutupan dewan pameran semasa Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) tidak memungkinkan sebarang penjualan kenderaan baharu langsung. Lebih lama ia ditutup, lebih tinggi kadar kerugian.

2. Eksekutif jualan menerima gaji pokok yang rendah kerana pendapatan mereka sebenarnya bergantung kepada komisen jualan. Jika kenderaan tidak terjual, gaji pokok mereka tidak akan mencukupi, kecuali mereka meminta moratorium untuk pinjaman masing-masing.

3. Jualan kenderaan di atas talian masih tidak mampu membawa penjualan yang tinggi. Ini ialah kerana pembelian kenderaan adalah perbelanjaan kedua tertinggi untuk kebanyakan individu atau keluarga (selepas perumahan) dan kerana itu, pembeli lebih suka melihat sendiri pilihan kenderaan mereka secara fizikal. Ini juga terjadi di negara-negara maju sebenarnya.

4. Proses sewa beli dari bank sebenarnya masih memerlukan pelanggan hadir secara fizikal. Ada juga bank yang membenarkan penggunaan video sebagai bukti untuk sementara waktu ini. 

5. Malaysia sebenarnya mempunyai 27 kilang pembuatan atan pemasangan kenderaan dan kesemuanya memang terkesan kerana batasan jumlah pekerja, terutama ketika SPP.

 

 

 

6. Industri automotif Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 641 pembekal dari pelbagai industri perkilangan. Sekiranya jualan kenderaan menurun, syarikat-syarikat itu akan pasti merasai efeknya. 

7. Masalah kekurangan mikrocip juga membantutkan pengeluaran kenderaan global, termasuk Malaysia.

8. Syarikat kenderaan dan komponen automotif juga terkesan dari segi eksport kerana proses itu turut tergendala semasa SPP. Lagi lama SPP, lagi kerap SPP, industri komponen mungkin lumpuh terus kerana kilang-kilang itu adalah dalam sistem rantaian bekalan automotif dunia. Jika tidak ada komponen yang boleh dihantar dari Malaysia, kilang-kilang luar negara itu akan mencari vendor dari negara-negara lain kerana mereka terus beroperasi dan tak akan menunggu kita. Apa akan terjadi kelangsungan hidup ribuan pekerja-pekerja di sini nanti? 

8. Sekiranya pihak kerajaan tidak memberi dan menyambung insentif cukai jualan, jualan kenderaan kemungkinan besar akan menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelum Covid-19.

Secara amnya, semua pemain industri automotif negara menghormati segala keputusan pihak kerajaan dan mereka memang memberi kerjasama sepenuhnya. Mereka juga berterima-kasih atas keputusan melanjutkan lagi insentif cukai jualan yang diberikan. 

Mungkin Tuan Menteri boleh bermesyuarat pula dengan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) kerana percayalah, industri automotif sebenarnya tidak diwakili oleh geng kenderaan terpakai sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…