Datuk Razlan Razali mahu tumpu fokus penuh kepada PETRONAS SRT

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pelantikan Azhan Shafriman Hanif selaku CEO baharu SIC, ini memberikan peluang kepada kepada Datuk Razlan Razali untuk memfokuskan sepenuhnya tumpuan pada PETRONAS Sepang Racing Team selepas 11 tahun memegang jawatan dalam Sepang International Circuit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team akan terus kekal di bawah pemilikan Sepang International Circuit dan dibantu dengan pengalaman Azhan Shahfriman Hanif yang memiliki latarbelakang sukan permotoran yang serba kuat ketika bekerja di PETRONAS.

Datuk Razlan Razali dilantik sebagai CEO SIC pada 8 Oktober 2008 dan sepanjang tempoh tersebut menyaksikan beberapa siri pembangunan penting terhadap litar tersebut, termasuklah memperkenalkan 5-year Master Plan pada tahun 2014.

Digandingkan dengan langkah membangunkan potensi sebenar Litar Sepang, Razlan telah berjaya mempromosikan bakat pelumba serta pasukan Malaysia di peringkat dunia, bermula dengan penyertaan tiket wildcard Zulfahmi Khairuddin dan diikuti oleh pesaing musim penuh.

Selain daripada itu, ia juga turut diikuti dengan kewujudan landasan yang kukuh untuk pembangunan sukan permotoran Malaysia seperti SIC MiniGP, Asia Talent Cup, Spanish CEV dan diikuti oleh kejuaraan MotoGP.

 


Dengan fokus beliau kini 100 peratus pada PETRONAS Sepang Racing Team, tumpuan Razlan adalah untuk menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan memastikan kesiapsiagaan pasukan untuk mengekalkan prestasi cemerlang tahun 2019 saat musim perlumbaan bermula.

"Impian untuk menjadi seorang CEO SIC sudah pun tercapai, namun pengalaman menguruskan sebuah pasukan bertaraf dunia jauh lebih menyeronokkan, dan saya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk menaikkan nama Malaysia serta mengibarkan Jalur Gemilang untuk sukan dua roda di Malaysia," ujar Datuk Razlan Razali.

"Saya mendoakan kejayaan SIC beserta dengan CEO baharu, yang ternyata seorang yang berkemampuan, bersemangat serta berpengalaman di dalam dunia sukan permotoran.

"Bersama-sama pasukan (PETRONAS Sepang Racing Team), saya yakin CEO baharu ini akan membawakan pencapaian Litar Antarabangsa Sepang ke tahap yang lebih tinggi berbanding apa yang dikecapi pada tahun-tahun lalu," ujar beliau lagi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…
MotorGP
  "Fabio Quartararo (rakan sepasukan) menghadapi masalah dengan tayar, dan kami tidak jangkakan…
Informasi
  "Perbincangan masih positif setakat ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju maka semuanya akan…