Datuk Rashid Musa bakal sertai UMW?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Rashid Musa dikatakan akan menyertai Kumpulan UMW sebagai Presiden untuk Divisyen Perkilangan dan Kejuruteraan.

Menurut imej yang diterima oleh Careta melalui media sosial, Rashid akan memulakan tugas baharu beliau di UMW bermula pada 1 Januari 2019.

Jika ini benar, Geely dijangka akan mengumumkan penggantinya dalam masa terdekat ini. Mungkin ia bakal datang dari lebih 150 warga China yang telah dibawa masuk oleh Geely dalam masa beberapa bulan lepas.

Beliau juga baharu mendapat gelaran Datuk dari Pahang pada hari Sabtu yang lalu.

Tahniah!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…