Datuk dan Datuk Seri bertengkar, helikopter di parkir kediaman mendapat perhatian

oleh SALINA JALIL|
Pertelingkahan dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri di pekarangan sebuah rumah, di Puchong, baru-baru ini dipercayai akibat salah faham berkait langsung dengan helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bagaimanapun kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bergelar Datuk yang tiba-tiba meluru masuk ke pekarangan sebuah rumah sebelum berlaku pertengkaran.

 

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada hari Rabu lalu menyebabkan pergaduhan mulut sebelum cuba dileraikan individu lain di rumah berkenaan.

 

Berdasarkan rakaman itu, turut kelihatan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi diparkir berhampiran helikopter berkenaan.
 

Video tersebut telah viral sejak semalam.

 

 

 

Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…
Berita Global
Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat. Helikopter tersebut…
Berita Domestik
  "Sekiranya ada ciri-ciri banjir, paras air meningkat dan hujan, aset udara ini sudah siap siaga…