Datuk biar cucu main di belakang trak pikap Hilux ditahan

oleh SALINA JALIL|
Polis berjaya mengesan pemandu yang membiarkan dua kanak-kanak berada di ruangan belakang sebuah pacuan empat roda tanpa pengawasan di lampu isyarat Simpang Tiga Jalan Jitra, Kubang Pasu, pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, ia susulan satu rakaman video berdurasi 26 saat tular di Facebook diterima polis kira-kira jam 2.26 petang hari sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

Beliau berkata, rakaman video itu memaparkan kenderaan jenis Toyota Hilux yang membawa dua penumpang kanak-kanak di ruang belakang secara terbuka serta tanpa pengawasan orang dewasa yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa.


“Berdasarkan siasatan awal, kejadian didapati berlaku di lampu isyarat Simpang Tiga Jalan Jitra berhampiran Balai Polis Jitra Lama.

 

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengesan suspek seorang lelaki di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus Jitra kira-kira jam 3 petang Isnin,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 65 tahun itu adalah datuk kepada kedua-dua kanak-kanak berusia lima dan enam tahun tersebut.

 

Rodzi memberitahu, suspek mengaku memandu kenderaan sambil membiarkan dua cucu perempuan duduk di bahagian belakang ruangan kargo tanpa penutup dan hanya sekadar suka-suka.

 

Katanya, sehubungan itu, kertas siasatan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

 

“Sebagai peringatan bersama, pihak polis menyeru agar ibu bapa mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya lebih bertanggungjawab dengan keselamatan kanak-kanak,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, beliau memohon mana-mana individu memiliki maklumat berkaitan kejadian jenayah di sekitar Kubang Pasu untuk menyalurkan informasi itu melalui talian Hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222.
 

 

 

Sinar Harian

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan kertas pertuduhan, warga emas itu sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran KV 2369…
Berita Global
Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, seorang lelaki Jepun yang sudah pun berusia 93…