Datsun redi-GO, kereta kecil berharga RM16.6k di India

oleh Muhammad Md Tajudin|
Datsun adalah satu jenama klasik yang dihidupkan semula oleh Nissan pada Jun 2013. Datsun mula berada di pasaran sejak 1931 dan namanya dihentikan pada tahun 1986.

Nissan memposisikan Datsun sebagai jenama kos rendah untuk pasaran Indonesia, Afrika Selatan, India dan Rusia. Sekarang ini Datsun turut dipasarkan di Kazakhstan, Belarus dan Lubnan.

Datsun era baharu mempunyai sejumlah model dalam pelbagai segmen yang kesemuanya bersaiz kompak, dari model bandar sehinggalah crossover. Model pertama ialah Go, kereta kompak yang dilancarkan pada 2013.

Selepas itu Datsun melancarkan pelbagai model seperti Go+ (2013), on-Do (2014), mi-Do (2015), redi-Go (2016) dan terakhir sekali Cross (2018).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Datsun redi-GO 1.0L AMT (1)-source

 

Satu model yang menarik perhatian penulis ialah redi-Go, namanya memang unik dan ringkas dengan reka bentuk berdasarkan falsafah Jepun iaitu YUKAN yang bermaksud berani.

redi-Go dikenalkan di India pada 14 April 2016 dan pada 19 Julai lalu Datsun melancarkan model yang dikemaskan dengan kelengkapan keselamatan baharu. 

redi-Go adalah sebuah kereta kompak yang saiznya kecil sedikit berbanding Perodua Axia. Datsun mengkelaskan redi-Go sebagai urban-cross dan pertama seumpamanya di India.

Ukuran panjang redi-Go ialah 3,429 mm, 1,560 mm lebar dan 1,541 mm tinggi dengan keluasan but 222 liter. Axia  pula berukuran 3,640 mm panjang, 1,620 mm lebar dan 1,510 mm tinggi dengan saiz but 260 liter.

Dari ukuran tersebut redi-Go hanya menang dari segi tinggi dengan perbezaan 0.031 mm sahaja.

 

Datsun redi-GO 2016
Datsun redi-GO 2016

 

redi-Go memang dibuat tinggi supaya dapat mengharungi lopak air dan permukaan jalan yang pelbagai. Dengan gayaan Tall-Boy, jarak kelegaan bumi redi-Go ialah 185 mm dan ia terbaik di dalam kelasnya.

redi-Go digerakkan oleh enjin 0.8L dan 1.0L iSAT tiga silinder yang ekonomikal dan transmisi lima kelajuan manual dan AMT. 

Kuasa enjin 0.8L ialah 54 hp pada 5678 rpm dengan tork 72 Nm pada 4386 rpm. Enjin 1.0L pula berkuasa 68 hp pada 5500 rpm dan tork 91 Nm pada 4250 rpm.

Padan dengan saiz, penggunaan minyak untuk enjin 0.8L ialah 22.7 km/l manakala 1.0L pula 22.5 km/l. 

 

Datsun redi-GO 2016
Datsun redi-GO 2016

 

Di antara kelengkapan tambahan pada redi-Go 2019 ialah Beg Udara Pemandu, Sensor Bantuan Parkir Belakang, Amaran Kelajuan Tinggi (80 km/j ke atas( dan dan Peringatan Tali Pinggang Keledar.

redi-Go sebelum ini turut diperbaharui dengan Sistem Brek Anti Kekunci (ABS) dan Pembahagian Daya Brek Elektronik (EBD).

Untuk warna, ada tiga pilihan iaitu Ruby Red, Lime Green, White, Grey dan Silver.

Akhir sekali, bagaimana pula dengan harga?

Varian paling murah ialah redi-GO D 0.8 L berharga INR 279,650 (RM16,595) dan yang paling mahal ialah redi-GO S Smart Drive Auto berharga INR 437,065 (RM25,936).

Sangat murah kan? 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit/sumber foto: Datsun

 

Datsun redi-GO 2016
Datsun redi-GO 2016

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…